The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Wednesday, July 17, 2013

Cerita 4 isteri

Assalamualaikuuuummmm uols~

Hari ini genap 8 hari kita berpuasa di bulan Ramadhon..
Alhamdulilloh~ syukur..

so macam mana dgn prestasi uols sepanjang ramadhon ni?
O.K? atau K.O?

harapnya O.K lah semuanya..
makin hari makin meningkat tak amalan?
insyaAllah..meningkat..meningkat~
tak banyak pun takpe..
bak kata mak temah isteri si pak samad tu..
sikit-sikit lama-lama jadi........?
jadi ape?
jadi banyak la..
haaa...
sikit-sikit lama-lama jadi banyak..bukan jadi bukit..
har har tak lawak..

ok teruskan dgn agenda utama kita iaitu..
sesi bercerita! [yeay!]
*tepuk tangan*

cerita ni bertajuk...
"4 isteri"..

penah dgr tak?
rasanya maybe ramai yg dah tahu cerita ni kot
tapi takpelah..
tak salah kan kalau aku nk bercerita lagi?

so, shall we begin?
yes~

--------------------------------------

Dalam sebuah kampung, terdapat seorang lelaki yg bernama Yincik Luqman..
si Luqman ni ada 4 orang isteri..
dalam kalangan isteri-isteri dia ni, isteri yg ke-4 lah yg paling dia sayangi..
dia berikan layanan yg terbaik kepada isteri ke-4 ni..
apa-apa yg berkaitan isteri ke-4 dia akan pastikan 1st class punya~

Selain isteri ke-4, Luqman jugak sayang isteri dia yg ke-3..
dia rasa bangga & suka menunjuk-nunjuk isteri yg ke-3 dia ni kt orang ramai..
tapi, dia risau sgt andai suatu hari isteri yg ke-3 ni tinggalkan dia
dan pergi kepada orang lain..

Luqman jugak sayang isteri dia yg ke-2..
isteri kedua adalah semangat Luqman
isteri ke-2 ni sgt baik dan selalu bersabar dgn dia..
isteri ke-2 ni jugak yg selalu ada di sisi Luqman bila dia dalam kesusahan..

Isteri yg pertama adalah pasangan yg paling setia..
isteri pertamalah yg bnyk menyumbang dlm setiap perkara
dalam kehidupan seharian Luqman..
isteri pertama sgt sayangkan Luqman..
tapi sayangnya, Luqman pulak yg selalu tak endahkan isteri pertama dia ni..

Nak jadi cerita...
pada satu hari Luqman sakit teruk dan dia dlm keadaan nazak..
Luqman terfikir sendirian..

"Aku ada 4 orang isteri, tapi bila aku mati nanti, 
takan aku nak keseorangan"

sooo..
dia pun panggilah isteri ke-4 yg paling dia sayang tu dan berkata:

"bebi, i sayang sangat kat u bebi..
selama ni i berikan segala-galanya pada u..
sekarang i dah nak mati, u nak tak ikut i and temankan i, bebi?"

"sori darling.. jawapan i adalah NO..
i tak dapat nak ikut u..bye darling~"

 jawab isteri yg ke-4 selamba sambil berlalu pergi..
jawapan tersebut sangat menusuk ke kalbu dan menikam-nikam hati si Luqman..
siapa sangka isteri yg paling disayangi pun sanggup biarkan dia bersendirian..

tapi takpe..
dia tak risau sebab dia ade 3 lagi isteri..

so dia panggil isteri yg ke-3 pulak..

"anje...(ini singkatan dari perkataan 'manja'..amaran! sila jangan muntah) 
ayang sayang sangat kat anje..
sekarang ayang dah nk mati, anje nk tak ikut ayang?"

"taknak~ hidup ni terlalu indah ayang..
lepas ayang mati, anje nak kawin dgn lelaki lain..
anyong~" (speaking korean ok)

Luqman keciwa buat kali ke-2..
then dia panggil isteri yg ke-2 lah pulak..

"adik...(gelaran manja suami isteri, bukanlah 'adik' ni adik beliau ok) 
abang selalu mintak tolong adik bila abang susah..
and adik pun selalu berbesar hati nak tolong abang..
sekarang abang sangat perlukan pertolongan adik..
abang dah nak mati..
boleh tak adik temankan abang?"

"maafkan adik, abang..
adik tak dapat nak tolong abang kali ni..
yg adik boleh tolong hanyalah setakat teman abang sampai ke kubur je.."

jawapan isteri ke-2 amat mengejutkan
kerana dia sangka isteri yg ke-2 lah yg paling boleh diharapkan..

Tiba-tiba satu suara muncul

"Dinda sudi temankan kanda!
dinda akan ikut tak kira ke mana kanda pergi.."

Luqman mengangkat kepala dan terlihat isteri pertamanya..
isteri pertama yg tersangat kurus, kusut masai dan tak terurus..

dengan sedih hati Luqman berkata:

"kanda sepatutnya ambil berat dan sayangkan dinda sejak dulu lagi..
kalaulah kanda berpeluang berbuat begitu~"
katanya kesal..

THE END..

---------------------------------------------------

sebenarnya..
dalam kehidupan ini..
kita semua ada 4 orang isteri..

"eh?biar betul..perempuan pun ade 4 isteri jugak ke, cik kak?"

a'ah.. iye.. betul lah tu..
walaupun bunyik macam pelik tapi perempuan pun ade 4 isteri jugak..
kalau tak nak word 'isteri'.. nk tukar jadi '4 suami' pun boleyh jugek~

meh nak citer sket apa bondo 4 isteri tersebut..

Isteri ke-4: Tubuh badan kita yg sihat..
tak kira sejauh mana kita jaga dan sayangkannya,
ia akan pergi meninggalkan kita jua..

Isteri ke-3: Harta & kekayaan..
di saat kita sudah tiada, ia akan beralih ke tangan orang lain..

Isteri ke-2: Keluarga & sahabat handai..
tak kira sejauh mana mereka sayangkan kita,
mereka hanya akan temani kita sampai ke kubur sahaja..

Isteri pertama: Amal ibadah..
ini yg selalu kita lupa nak jaga dan malas ambil kisah..
tapi, inilah satu-satunya yg akan ikut kita masuk ke kubur nanti..
yang akan menentukan nasib kita dalam kubur kelak..

so..last but not least..
diharap cerita pendek ini dapat menyedarkan kita..
dan semoga kita akan berusaha untuk menjaga isteri pertama kita..
dan berusaha utk menjadi hamba yg lebih taat
dan selalu mendekatkan diri kepada Allah..
insyaAllah..
sama-sama kita usahakan..

akhir kata..
renung-renungkan dan selamat beramal~

Salam 'alaik..

No comments: