The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Thursday, October 13, 2011

SOLAT~

Assalamualaikum semua!

aku baru pas exam biochem woo tadi~
susah wooo~
ntah la jawab btul ke idok..
pape pon,dh lepas dh~
yeay!
lega~
tapi still ade exam lain lagi..
hua3!

okeh..
post kali ni biasa2 je..
tetiba terdetik di hatiku utk post mngenai........

jeng jeng jeng..

berkaitan SOLAT!
ya!
tapi bkn nk ajar cara nk solat la..
dun wori...
aku nk tulis mngenai MAKNA BACAAN DALAM SOLAT..

haaa..~
klau ditnya la kan..
agak2 kita dpt jwb tak
"ape mksud bacaan2 dlm solat"?

maybe ade yg dh tahu..~

BAGUS2!!!

and maybe..
ade yang tak tahu kan?
btul tak?

aku dulu pon tak tahu jugak..
then ade ustazah dlm radio ni ckp pasal mkna bacaan dlm solat nih..
kata beliau..
nilai solat seseorang tu bergantung pada
tahap pngetahuan nya terhadap mkna bacaan dlm solat..

klau tak tahu mkna bacaan,nilai solat tu kita pon blh tahu la kan mcm mne..
sure2 la tak sebaik org yg tahu makna..
kan,kan,kan?

sooo....
dah solat tu,ape salahnya klau kita buat yang terbaik...
amik tahu ape mkna2 nye... ye tak?

plus klau kita tahu mkna2 ni..
insyaAllah akan menambahkan ke'khusyuk'kan dlm solat...
kan bez tuuu~

SLAMAT MENGHAYATI...dan BERAMAL!

1)Takbiratul Ihram

“Allahu akbar”

(Allah maha besar)


2) Doa Ifti­tah

“Allahu akbaru kabiraw-walhamdu lil­lahi kathiraw

wassubhanallahi bukrataw-wa-asila.

Waj­jahtu wajhia lil­lazi fataras sama-wati wal-ardha

hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.

Inna salati wanusuki wamahyaya wama­mati lil­lahi rabbil-‘alamin.

La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.”


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah den­gan banyaknya.

Maha suci Allah sep­a­n­jang pagi dan petang.

Aku hadap­kan wajahku bagi Tuhan yang men­cipta lan­git dan bumi,

den­gan suasana lurus dan berserah diri

dan aku bukan dari golon­gan orang musyrik.

Sesung­guh­nya solatku,Iba­datku,hidupku,matiku

adalah untuk Allah Tuhan seke­lian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku

diper­in­tahkan untuk tidak menyeku­tukan bagiNya

dan aku dari golon­gan orang Islam.


3) Al-Fatihah

“Bismillah-hirrahma-nirrahim.

Alhamdu lil­lahi rab­bil ‘alamin.

Arrahma-nirahim.

Maliki yau-middin.

Iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in.

Ihdinassiratal-mustaqim.

Sir­ratal laz­ina an’amta ‘alai­him,

ghairil maghd­hubi ‘alai­him wald­dhaallin.”


Den­gan nama Allah yang maha Pemu­rah

lagi maha Men­gasi­hani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemu­rah lagi maha men­gasi­hani.

Yang men­gua­sai hari pem­bal­asan.

Hanya Engkaulah yang kami sem­bah

dan hanya kepada Engkau kami mohon per­to­lon­gan.

Tun­juk­i­lah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kur­ni­akan

nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka

yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Amin.

Perke­nankan­lah per­mo­ho­nan kami.


4) Bacaan ketika Rukuk

“Sub­hana rab­biyal ‘adz­imi wabihamdih.”

Maha suci Tuhanku yang maha agung den­gan sifat kepujian-Nya.


5) I’tidal (Kem­bali berdiri dari Rukuk)


“Sami’ allahu liman hami­dah”

(Allah menden­gar akan orang yang memuji-Nya)

“Rab­bana lakal hamdu”

(Ya Tuhan Kami! Bagi-Mu segala pujian)

6) Sujud

“Sub­hana rab­biyal a’la wabihamdih.”

Maha suci tuhanku yang maha mulia den­gan sifat kepujian-Nya.


7) Duduk di antara Dua sujud

“Rab­bigh­firli warhamni wajburni

warfa’ni warzuqni wah­dini wa’afini wa’fu ‘anni.”


Tuhanku ampuni­lah aku,

rah­mati­lah aku,

cukup­kan­lah aku,

angkat­lah dar­jatku,

beri­lah aku rezeki,

beri­lah aku petun­juk,

afi­atkan­lah aku dan maafkan­lah aku.


8) Bacaan Tahiyat Awal

“Attahiy­atul mubarakatus-solawatul-taiyibatu lil­lah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warah­mat­ul­lahi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’ala ‘ibadil­lahis sal­i­hin.

Asy-hadu alla ilaha illal­lah.

Wa-asy-hadu anna Muham­madar rasu­l­ul­lah.

Allahumma salli ‘alla Muhammad.”


Segala peng­hor­matan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan

rah­mat Allah serta keberkatan­nya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

dan aku naik saksi bahawasanya Muham­mad itu

adalah pesu­ruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkan­lah ke atas Nabi Muhammad.


9) Bacaan Tahiyat Akhir

“Attahiy­atul mubarakatus-solawatul-taiyibatu lil­lah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warah­mat­ul­lahi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’ala ‘ibadil­lahis sal­i­hin.

Asy-hadu alla ilaha illal­lah.

Wa-asy-hadu anna Muham­madar rasu­l­ul­lah.

Allahumma salli ‘alla Muham­mad wa’ala a-li Muham­mad.

Kama sol­laita ‘ala Ibrahim wa’ala a-li Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muham­mad wa’ala a-li Muham­mad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala a-li Ibrahim.

Fil ‘a-lamina innaka hamidum­ma­jid.”


Segala peng­hor­matan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan

rah­mat Allah serta keberkatan­nya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

dan aku naik saksi bahawasanya Muham­mad itu

adalah pesu­ruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkan­lah ke atas Nabi Muham­mad

dan ke atas kelu­ar­ganya.

Seperti yang Engkau telah anuger­ahkan kese­jahter­aan

atas Ibrahim dan kelu­arga Ibrahim.

Dan berkati­lah Muham­mad dan kelu­arga Muham­mad.

Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim

dan kelau­gra Ibrahim.

Sesung­guh­nya Engkau Maha Ter­puji lagi Maha Tinggi.


10) Salam ke Kanan dan ke Kiri

“Assalamu’alaikum warah­mat­ul­lah.”

Sejahtera atas kamu dan rah­mat allah.


11) Doa Qunut di dalam Sem­bahyang Subuh

“Allah­huma dini fiman hadait.Wa’a fini fiman ‘afait.Watawal­lani fiman tawalait.Wabarikli fimaa a’tait.Waqinii syarra­maa qad­hait.Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.Wain­nahu layadziluman walait.Walaa ya’izzuman ‘adait.Tabaa rakta rab­bana wata’alait.Falakalhamdu ‘ala maaqad­hait.Astagh­firuka wa’atubu ilaik.Wasal­lal­lahu ‘ala Said­ina Muham­ma­dwaala aal­ihi wasah­bihi wasalam.”

Ya Allah, beri­lah aku petun­juk

seba­gaimana orang-orang yang telah Engkau tun­juki.

Sejahter­akan­lah aku seba­gaimana orang-orang

yang telah Engkau sejahter­akan.

Pimpin­lah aku seba­gaimana orang-orang

yang telah Engkau pimpin.

Berkati­lah hen­daknya untukku

apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkan­lah aku dari­pada segala keja­hatan

yang telah Engkau tetap­kan.

Sesung­guh­nya hanya Engkau saha­jalah yang mene­tap­kan,

dan tidak sesi­a­papun

yang berkuasa mene­tap­kan sesu­atu

selain dari­pada Engkau.

Sesung­guh­nya tidak ter­hina orang

yang mem­per­olehi pimp­inanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah mem­beri berkat Engkau,

ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau saha­jalah

segala macam puji ter­hadap apa-apa yang telahEngkau tetap­kan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rah­mati­lah Muham­mad, dan sejahtera keatas

kelu­ar­ganya dan sahabat-sahabatnya.

_________________________________________________

Dengan niat dan usaha kita untuk mengerti &

memahami mkna bacaan2 dalam solat,

solat kita akn mnjadi lebih sempurna,insyaAllah...


aminnn..!


till then..

salam!