The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Saturday, June 30, 2012

Ikhlaskah anda??

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali 
amal yang dilaksanakan dgn ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah S.W.T. 
(Hadis Riwayat Daud & An-Nasa'i)

Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum wbt..

First of all..
Apakah maksud ikhlas?

"ermm...ikhlas itu sincere laa.."

hahah..
ok,fine..
lawak sgt.. =,=

mmg la ikhlas tu maksud inggerisnya sincere..
tapi maksud secara mendalam atau 'in more details' (bak kata omputih), ape dia?

ok,kalau korg blh jwb pun,yg menaip di sini adalah AKU~..
so jawapan korg takkan ade kt sini jugak kan..
soo..takpe..for now..
just listen..
opps.. no..no..u can't hear me..so..just read ok? *annoying enough?*
har..har..
yes!

 
heheh..

ok.. *serius*  


*ehem2*

ikhlas adalah melakukan setiap perkara, seperti mengeluarkan kata-kata, 
atau sebarang tindakan, atau pengorbanan dengan niat hanya  kerana Allah taala 
dan dilakukan utk mengharapkan keredhaanNya,
tanpa mengharapkan sebarang bentuk faedah 
atau balasan atau keuntungan terhadap diri sendiri..

Ikhlas sukar utk dinilai..
kerana ia adalah suatu perasaan yg wujud dalam hati seseorang insan..
ia adalah niat yg wujud secara sembunyi dan tiada yg mampu mngetahuinya..

Dan ia juga menjadi penentu sama ada amalan atau ibadat kita diterima atau tidak..
Ikhlas.. bukan mudah mahu mencapai tahap ini..
Bukan calang-calang org yg mampu..

Memang tidak dinafikan, perasaan ikhlas sangat SUSAH utk hadir dalam hati..

"susah ke??"

susah la kalau tak betul caranya..

Apabila riak dan takabur yg merupakan adik beradik bangga diri
dah 'masuk' dalam hati kita, mmg susahlah ikhlas nk 'masuk' ke dalam hati kita 
sbb telah dihalang oleh mereka..


oleh itu,1st step nk hadirkan IKHLAS mcm mana?
of course lah dgn menghalau (kalau dah masuk) atau menyekat (kalau tak masuk lagi)
riak & takbur serta adik beradik sepupu sepapat mereka 
daripada terus merosakkan hati kita yg mmg dah sedia tak brape nk suci ni..


untuk itu..
aku nak tuju lagu soalan blh?


"selama ni anda solat sebab ape?"
sbb dah jadi rutin?sbb takut mk bapak marah kalau tak solat?


"anda tutup aurat sebab ape?"
sbb nk org puji anda baik,solehah?


"anda buat amalan sunat sebab ape?"
sbb nk org ckp anda alim?warak?mukmin cemerlang?


"anda menderma sebab ape?"
sbb nk org tahu yg anda sbnrnya pemurah orangnya?


semua ni adalah soalan2 yg PATUT ditanya kepada diri sendiri..
and ada bnyk lagi soalan2 yg blh ditujukan..
pepandai la kome memikiorkannye..

point di sini adalah..
kita buat semua bnda 'biasa' ni,sbnrnya memerlukan keikhlasan..
betul ke tak??
kalau tak ikhlas takde makna la kan?

tapi jgn pulak jadi gini..

"i tanak bertudung lagi la sbb i belum rasa ikhlas lagi nak bertudung"


"i tanak jadi hipokrit la,kalau tak ikhlas apa guna tutup aurat,you~?"


"gua bukan tak nak solat bro..tapi tunggu la gua betul2 ikhlas dulu"


"kalau suatu hari nanti aku dah bersedia dan hati aku dah benar2 ikhlas,aku akan berubah"


"saya bkn ape awak,tp bak kata org,kalau tak ikhlas baik tak payah buat..hihi"


haaa..
pernah dengar tak dialog gini?
mmg dah common sgt dah..
kat merata2 tempat blh dgr kan..
sbb ramai org yg berfikiran mcm ni..


mereka sangka, kalau belum ikhlas, tak perlu buat, tnggu ikhlas tu datang nanti baru buat..
TAPI!!
mana awak tawu umur awak tu panjang ke pendek kak oi?
sempat ke ikhlas nk datang sebelum ajal awak?

agak kasar kah?
maaf..
tapi itulah hakikatnya..

kita tak blh tnggu je tanpa usaha..
kalau dah terasa IKHLAS tu susah sgt nk dapat..
mntak la..
ape susah..
Allah sntiasa on 24 jam..

lagi bagus kalau kita sentiasa igt Allah..
thus,kalau dah igt Allah,insyaAllah la buat apa pun jadi ikhlas..


"hurmm..i wonder la..camne nk igt Allah selalu"


kacang giler soalan!haha...
ingat Allah dengan berZIKIR la...!
zikir tu kan kita memuji Allah..
insyaAllah secara tak langsung kita akan sentiasa igt kt Allah..
tapi mmg la susah utk kita igt 24 jam kan..
kalau susah sgt..
igt la masa solat..lepas solat ke?..atau sebelum tidur..?
bila2 masa yg kita suka la..
asalkan ade masanya kita igt Allah..

selain itu..
sebenarnya..
ikhlas juga memerlukan PAKSAAN..


"huh?paksaan?gerunnya statement ko ni fida?yakin je cakap.."

ye..paksaan,,
ok,cuba kita flash back jap eh..
masa kita kecik2 dlu..
kita disuruh,diajar,dipaksa utk solat oleh mak ayah kita kan?
kan kan kan kan kan kan????????

ade ke antara kita yg lahir2 dia dah soleh habis,
tak payah mak ayah suh solat,dia sndri dgn rela hati solat..
tak cukup ngan tu,solat kusyuk pulak tuh!
pastu mak ayah tak suh tutup aurat pun,dia sndri nk tutup aurat..
puasa pulak?
pertama kali puasa dia dah ikhlas?

wow!
ade ke orang mcm ni?
kalau ade la kan..
meh nk jumpa..
untung2 blh buat jadi menantu mk aku..haha~
*kidding*

ok..kat sini kita boleh nampak bahawasanya..
dari kecik kita mmg perlu dipaksa utk buat something..
proses tarbiah yg berterusan ini..
serta contoh teladan sebagai panduan..
membuatkan kita menjadi kita yg sekarang..!
sekarang yg mcm mana??

sekarang yg mcm ni kot..

:: kat mana pun kita wlaupun tanpa mk ayah kita di sisi, kita tetap akan::

--> solat 5 waktu (siap tambah ngan solat2 sunat lagi)
--> tutup aurat dgn sempurna
--> berpuasa penuh di bulan ramadhan (siap dgn puasa sunat skali di bulan2 lain)

insyaAllah most of us mmg tergolong dalam kalangan ini kan?
Alhamdulillah..


semua ni membuktikan bahawa ikhlas mmg perlu dipaksa..
oleh itu..
paksalah diri utk ikhlas..
Demi Kasih Yg Abadi,Demi Cinta Yg Agung..

dan akhir sekali..
soalan cepu cemas utk aku..

"kenapa aku menulis entry ini?"
"adakah aku ikhlas?"

tak siapa tahu aku ikhlas atau tidak semasa menulis entry ni..
aku sendiri takde jawapan utk soalan itu,maaf..

tapi apa yg aku pasti..
kita memerlukan nasihat dan peringatan utk kita terus melakukan kebaikan..

bak kata ummi aku "iman kita ikut suasana"

sebagai contoh, kalau kita dalam suasana iman yg baik, iman kita akan meningkat..
sebaliknya kalau kita dlm suasana lalai, iman kita akan surut..

so bagi aku kalau kita selalu baca atau dengar akan peringatan atau nasihat..
kita akan lebih beringat dan tak terleka, tanpa sedar yg kita dah pun tersasar..
dan kita juga perlu sentiasa muhasabah diri sendiri utk menjadi lebih baik

sooo...
dengan ini..
aku akhiri entry kali ini dengan satu soalan yg sgt simple pimple..haha

"ikhlaskah anda............????"

sekian..
wassalam..

No comments: