The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Sunday, July 15, 2012

Ramadhan Datang Lagiii.. !





"Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu utk berpuasa 
sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu 
mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)


"Barangsiapa yg mengahadapi bulan ramadhan maka hendaklah dirinya berpuasa" 
(Al-Baqarah : 185)


Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi..!! hihi..
insyaAllah tak lama lagi kita bakal mnyambut bulan Ramadhan al mubarak,kan?..
so kalau ade perkataan 'MENYAMBUT' tu,maksudnya special la ye tak?
so ape persediaan2 yg perlu kita lakukan utk mnyambut bulan mulia ni?
any idea?
okeh...

Persiapan pertama


Memperbetulkan akidah & keimanan kepada Allah menurut panduan yg sahih.
Perlu utk kita memastikan kefahaman akidah dan konsep keimanan kita
berada di landasan yg benar dan membersihkan karat2 kesyirikkan dan kejahilan jiwa.

"Barangsiapa yg berbuat kebaikan sesuai dgn apa yg dihidayahkan
maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan utk dirinya sendiri.
Dan sesiapa yg sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri."
(Al-Isra : 15)

Dan kita juga perlu memastikan keimanan dan kelurusan hati serta keikhlasan melakukan
ibadah hanya kerana Allah.Sesungguhnya tidaklah diterima amalan jika tidak dilakukan
dgn ikhlas semata-mata kerana Allah.

"Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan utk beribadah kepada Allah dgn ikhlas
kepadaNya melalui deen yg lurus" (Al-Baiyinah : 3)

Persiapan kedua


Mempersediakan diri dgn ilmu & panduan ibadah serta puasa yg sahih
dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih.

"Bertanyalah kamu kepada orang yg mengetahui jika kamu tidak mengetahui."
(An-Nahl : 43)

Persiapan ketiga


Hendaklah juga sesiapa yg akan menjalani bulan Ramadhan mempersiapkan
dirinya dgn kemampuan fizikal & kekuatan jasad serta juga material,agar dpt
 menjalani ibadah dgn sempurna dan selesa.

"Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar apa yg termampu olehnya."
(Al-Baqarah : 286)


Persiapan keempat


Mempersiapkan perancangan & persediaan aktiviti kehidupan
dgn mengatur supaya dpt menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan & lain-lain ibadah
dgn teratur dan selesa serta tanpa gangguan.


Sebagai contoh, seorang muslim haruslah mngatur waktu kerja,waktu rehat
dan aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dpt memanfaatkan sebanyak
mungkin masa ibadah di bulan Ramadhan.

**************

Selain persediaan, kita juga perlukan LATIHAN..
latihan ape?


Latihan mulut


Latihan mulut.. Macam mana tu?
Sepertimana yg kita sedia tahu,mulut kita ni.. (sigh~)..bnyk sgt buat dosa,kan?..
asal jumpa geng je, ade je topik hangat hendak dibualkan..
topik hangat tu kebiasaannya haruslah umpat-mngumpat..


Hal peribadi org, aib-aib orang kita buka tanpa rasa bersalah sikit pun..
Tanpa kita sedar kita telah mkn daging saudara kita sendiri (mentah2 pulak tu)..
astaghfirullahhal'aziimmm..
So, sempena ramadhan bulan mulia ni, moh kita sama2 latih mulut kita
supaya menyebut HANYA yg baik2 sahaja..


Dan tak lupa juga,haruslah tingkatkan aktiviti memperbanyakkan zikir dan
membaca al-Quran,kalau boleh khatamkan sekali @ lebih dlm bulan ini.. 

Latihan menutup aurat


Sama ada lelaki mahupun wanita, kita harus melatih diri kita 
supaya sentiasa menutup aurat, dalam apa2 keadaan sekalipun. 
Sudah menjadi kebiasaan dlm bulan Ramadhan,
org yg pada asalnya tak tutup aurat pun, tapi bila tiba Ramadhan,
 dia akan tutup aurat dgn baik  (contohnya : free hair ----> bertudung litup)
alhamdulillah..kan bagus mcm tu..
tp mesti perkara ni akan mnjadi persoalan kepada org lain?


"kenapa dia tetibe tutup aurat ni? dah insaf ke hape?"
"eleh,pakai takat bulan Ramadhan je leeteeww.."
"tgk la lepas Ramadhan, aku konfem dia akan free hair balik,konfem!"

astgahfirullah...ni namanya sangka buruk ni..
haruslah kita sentiasa bersangka baik dgn manusia,
insyaAllah org lain pun akan sntiasa bersangka baik dgn kita..
tak baiklah kita mempersendakan ataupun mngutuk perbuatan mereka..
kita sama2 doakan dan diharap kekalkanlah amalan baik itu,sehingga ajal dtg menjemput,blh?


soo...
rebutlah ruang & peluang yg Allah berikan kepada kita semua utk melaksanakan
segala apa yg disediakan dlm bulan Ramadhan ini..
Jangan lepaskan peluang keemasaan ini, sebab bagi sesiapa yg terlepas peluang ni,
memang rugi besar!
Belum tentu lagi kita akan dapat bersama pada Ramadhan akan datang,kan?


Jadi, utk Ramadhan kali ini, marilah kita usahakan yg terbaik.
Perbanykkanlah amalan kebaikan dgn mengharapkan keredhaan Allah..
dan jauhkanlah perkara yg lagha dan sia-sia,insyaAllah..

Sesungguhnya Allah mengira setiap perkara yg kita lakukan, sama ada yg zahir, mahupun tersembunyi.

SEMOGA ALLAH TERIMA AMAL IBADAH KITA, AMIINN!

Sekian, wassalam..

No comments: