Assalamualaikum..
untuk post kali ni,aku just nak share sebuah cerita..
ekceli ni cerita yang aku baca dari blog orang..
dan aku terasa nak share kat sini..
sila lah baca ye..
harap dapat memberi manfaat buat kita semua..
insyaAllah..
-----------------------------------------
Kala ku buka mataku, aku melihat sekerdip cahaya
datang dari timur..
kemudian ia hilang ke arah barat.
Muncul sinaran yang amat
terang itu dihadapanku,
aku menjangka jaraknya mungkin dekat sahaja..
Bau yang
amat wangi menusuk ke liang rongga..
Aku berlari ke arahnya..
Aku lihat ramai
kelompok manusia di situ.
Aku menjadi tidak keruan, ku lihat di kiri dan kanan.
Aku menjadi tidak keruan, ku lihat di kiri dan kanan.
Orang ramai tidak berpakaian,
semuanya
seperti tidak mengambil kisah hal orang lain.
Ramai antara mereka berwajah
gembira,bercahaya dan putih bersih.
Tetapi masih ada riak 'mengharap' di wajah
mereka.
Mereka bergerak beramai-ramai mengikut seruan di
hadapan.
Aku ikut bergerak ke satu tempat yang damai.
Di hadapannya terdapat
satu pintu yang besar beserta penjaga.
Aku dengar penjaganya menyeru,
Aku dengar penjaganya menyeru,
"Selamat datang kepada orang yang berpuasa, masuklah
ke dalamnya.
Inilah nikmat Allah yang dijanjikan untukmu."
Aku mengintai dari
luar, aku terpaku pada pesona di dalamnya.
Aku lihat sungai-sungai susu yang
mengalir, sungguh harum baunya.
Aku lihat wanita-wanita yang sangat jelita,
bermata jeli.
Aku lihat di dalamnya ada kubah-kubah permata,
dan tanahnya
mengeluarkan bau yang amat wangi.
perhiasan semata
Aku lantas cuba
untuk masuk,
tetapi penjaga yang bermata bundar berwajah putih menghalang ku..
"Ini babul rayyan (pintu ahli puasa)..
"Ini babul rayyan (pintu ahli puasa)..
engkau tidak layak untuknya.."
Aku pantas terkejut. Bukankah ini pintu untuk orang yang rajin berpuasa?
Aku pantas terkejut. Bukankah ini pintu untuk orang yang rajin berpuasa?
Apakah selama ini
aku tidak berpuasa di muka bumi?
Selalu sahaja aku membiarkan tekakku kering dan
perut ku kosong dimasuki angin,
semuanya disebabkan aku berpuasa.
"Kenapa wahai penjaga?"
Jawabnya,
"Kenapa wahai penjaga?"
Jawabnya,
"Kerana engkau berpuasa berdasarkan nafsu semata-mata,
hanya menahan lapar
tidak menahan kelakuan.
Ikhlasmu cuma sedikit, nafsu pun tidak engkau tahan
dari terbangkit.
Akhlakmu tidak pernah kau perelokkan,
sedangkan akhlak baik
itulah tanda engkau ini beriman.
Ini pintu untuk orang yang tulus puasanya.
Tidak
mengharapkan selainnya, melainkan keredhaan Allah semata-mata."
Aku menunggu di situ jika ada harapan untukku,
Aku menunggu di situ jika ada harapan untukku,
tetapi sehinggalah orang terakhir, akhirnya pintu
itu ditutup.
Ditutup serapat-rapatnya.
Aku hampa, kemudian
bergerak ke satu lagi kelompok manusia.
Aku nampak satu pintu yang cantik bak pohon cemara,
Aku nampak satu pintu yang cantik bak pohon cemara,
damai sungguh hatiku meronta-ronta ingin memasukinya.
Kali ini aku melihat di dalamnya istana2 yang tersergam
indah bak mutiara.
Keluasan setiap istana itu adalah amat luas,
tidaklah aku
mengira berapa kadar jaraknya.
perhiasan semata
Aku lihat penjaganya berwajah cerah, sejuk mata
memandang...
"Ini pintu apa wahai penjaga?"
"Inilah babul solah, pintu untuk orang yang menjaga solat."
"Berikan aku masuk wahai penjaga pintu?"
"Engkau tidak dibenarkan masuk.
"Ini pintu apa wahai penjaga?"
"Inilah babul solah, pintu untuk orang yang menjaga solat."
"Berikan aku masuk wahai penjaga pintu?"
"Engkau tidak dibenarkan masuk.
Masih banyak amalan solatmu yang rompong.
Engkau lalai dalam
solat, tidak khusyuk
dan tidak bertaubat selepas habis solat kerana hilang
khusyuk.
Engkau melakukannya kerana berbangga,
mengira-ngira dan membandingkan
dengan orang lain.
Walhal, solatmu itu bukan untuk persaingan,
solatmu untuk
ketundukanmu kepada Tuhan.
Maaf, ini bukan pintu untukmu."
Aku tidak berputus asa, aku cuba masuk melalui pintu yang lain..
Aku melihat pintu yang indah,
Aku tidak berputus asa, aku cuba masuk melalui pintu yang lain..
Aku melihat pintu yang indah,
di dalam nya seberkas cahaya, asyik sekali mata memandang.
Aku cuba mengintainya
dari luar.
Ku lihat buminya dari perak, dan tanahnya dari za’faran,
debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum,
dan kerikilnya mutiara serta
yakut
dan urat-urat pohonnya dari perak,
sedang dahannya dari mutiara dan
zabarjad,
daun dan buahnya berada di bawah.
perhiasan semata
Aku melihat beberapa anak muda
memetik buahnya dalam keadaan berdiri,
ada yang memetik dalam keadaan duduk
dan
ada juga dalam keadaan baring.
Aku tidak sabar untuk memasukinya,
Aku tidak sabar untuk memasukinya,
lantas aku bertanya..
"Pintu apakah ini wahai penjaga?"
"Inilah babul zakah wal sadaqah, pintu untuk orang berzakat dan bersedekah.."
"Izinkan aku masuk wahai penjaga."
"Tidak, engkau tidak layak untuknya.
"Inilah babul zakah wal sadaqah, pintu untuk orang berzakat dan bersedekah.."
"Izinkan aku masuk wahai penjaga."
"Tidak, engkau tidak layak untuknya.
Engkau amat bakhil dengan hartamu di dunia.
Engkau hanya
suka mengumpul dan mengiranya.
Tidak pernah terlintas benakmu untuk memberi
makan kepada si miskin.
Tidak suka membayar zakat, pelaburanmu di dunia mengaut
untung,
tetapi pelaburanmu di akhirat kosong. Pergilah ke pintu lain."
Aku berusaha, masuk ke pintu seterusnya.
Aku berusaha, masuk ke pintu seterusnya.
Aku lihat sekelompok manusia menanti sebuah pintu yang agam lagi indah.
Inilah pintu
jihad. Aku mengenalinya..
perhiasan semata
Aku dengar
penjaganya menyeru,
"Salam alaikum bima shobartum
(Selamat sejahtera kamu
kerana kesabaran kamu)."
Aku menjawab salam, lantas menyatakan keinginan.
Aku menjawab salam, lantas menyatakan keinginan.
"Izinkan aku masuk wahai penjaga.."
"Maaf, Ini tidak layak bagimu!
"Maaf, Ini tidak layak bagimu!
Engkau tidak tersenarai di dalam kelompok jihad qital.
Engkau bukan berjihad kerana Allah.
Engkau melakukannya hanya kerana kerjaya,
atau mati untuk mendapat darjat di sisi manusia.
Digelar sebagai wira sejagat,
dianugerah gelaran itu dan ini sesudah mati.
Walhal itu semua tidak berguna
buatmu, carilah pintu lain.."
Kali ini aku lihat sudah banyak pintu-pintu yang tertutup rapat.
Kali ini aku lihat sudah banyak pintu-pintu yang tertutup rapat.
Kelompok-kelompok manusia yang
berwajah gembira
dan bercahaya sudah memasukinya.
Aku buntu, aku kelu...
Oh
Tuhan..
aku amat berharap akan rahmatmu..
Rahmatmu Ya Rahman...
------------------------------------------------
Dari Jabir r.a katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukan amal seseorang yg memasukkannya ke dalam syurga,
atau melepaskannya dari neraka,
termasuk juga 'aku' (Rasulullah),
tetapi ia adalah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka"..
semoga kita melakukan setiap amal kebaikan dgn hati yg ikhlas..
dan haruslah berdoa agar setiap amalan kita itu diterima oleh-Nya..
insyaAllah..amin.
#self-reflection#

No comments:
Post a Comment