The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Monday, January 6, 2014

Sembang-sembang dietitian

Salam 'alaik~

Alhamdulillah habis suda final exam untuk semester ke-5 ni.
Dr Nisak pesan jangan seronok sgt.
Sebab ini bukan pengkahiran,
tapi permulaan utk kami melangkah ke dunia yg lebih seriyus~
iye la. mana tak nya..
tak lama lagi ktorg dah nak LI dah pun.
LI kat sepital pulak tu, bukan senang.
Nak kenal tolong pesakit dlm hal pemakanan.
Kalau salah bagi prescription, habis~
nampak simple. pemakanan. tu je?
tapi bab pemakanan ni la yg rumitnya.
sbb ni pemakanan utk pesakit, bukan org yg sihat.
so semua benda kena tally la dengan sakit dia tu.
kalau salah prescribed, naya je sakit orang tu jadi makin teruk.

kdng2 rasa mcm ala2 doktor pun ada
sbb ktorg belajar medical nutrition therapy
include pathophysiology sesuatu penyakit,
penyebab penyakit tu, kesan penyakit tu..
kadang tu, siap involve jenis2 ubat bagai.
function ubat, side effect ubat. mcm pharmacist pulak.
tapi overall.
tugas sbg dietitian adalah provide appropriate nutrition therapy.
so logik la sebelum nak provide nutrition therapy tu
kena la tawu dulu hal2 berkaitan penyakit, berkaitan ubat dan sbgainya.
dan utk provide nutrition therapy pulak, kena ade ilmu ttg makanan.

sbg contoh, ktorg kena tahu:
-jenis cara2 memasak yg sihat utk dicadangkan kpd pesakit.
-cara memasak dan penyediaan jenis2 makanan.
-makanan ruji bagi sesuatu kaum (pesakit kan 1 malaysia).
-kena tahu semua jenis makanan termasuk mknan yg ktorg sndri tak familiar
-kena tahu bnyk jenis produk utk semua jenis makanan
in case pesakit mintak cadangan produk apa yg patut dipilih,
ktorg tak boleh just promote sesuatu produk, but kena provide some choices.
so utk itu bnyk la ktorg kena buat market survey

dan banyak lagi lah benda2 lain. itu antara contoh je.
semua benda yg sgt luas ktorg kena tahu dan kena belajar.
sbb ktorg deal dgn manusia.
so bila deal dgn manusia, mmg complicated la.
utk jadi dietitian yg boleh diharap dan dipercayai dpt membantu,
ktorg kena usaha lebih sket timba bermacam2 jenis ilmu.

ade aritu aku practical conduct satu sesi kaunseling dgn sorg bro ni.
walaupun aku yg conduct case tu,tapi ade senior dietitian pantau.
dia ni kes follow-up. dan out-patient (bkn pesakit dalam hospital)
means pesakit luar yg sbelum ni dah penah jumpa dietitian.
dia ade masalah berat badan.
masalah berat badan ni kira kategori kacang goreng je bagi ktorg
kalau nak banding dgn chronic kidney disease, diabetes type 1, diabetes type 2,
burn, HIV, GIT disorders, dan mcm2 lagi, mmg jauh bezanya~

so previous dietitian dah pun bagi mcm2 knowledge
tentang cara nak turunkan berat badan.
tapi nampaknya berat badan dia makin bertambah.
masa aku conduct kaunseling tu,
mmg obvious giler yg dia tak bersemangat pun nak turunkan berat badan
so role aku adalah utk bagi dia sedar
KENAPA DIA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN.
ape complication kalau dia jadi obese.
bla bla bla.

and lastly, aku nampak yg dia ni tak mampu turunkan berat
sbb dia jenis susah nk control makan.
so kira masalah attitude la ni. mmg susah.
then aku pun tnya aktiviti ape yg dia suka buat.
and dia ckp dia suka angkat dumbbell..
pastu dia tnya pendapat aku pasal dumbbell
"dumbbel tu kira mcm mana ye?bagus tak?berapa kali saya patut buat?"
aku dah mcm agak terdiam dah time tu.
sumpah tak tahu. malu pun ade.
then aku just ckp apa yg aku tahu secara general
and proceed dgn sesi kaunseling.

sebelum aku akhiri sesi tu, senior dietitian tolong concludekan sesi tu.
dia tolong cover balik bnda2 yg aku tak dpt jawab dgn tepat.
and salah satunya pasal dumbbell tu dia tlg top-up info.
masa tu aku rasa mcm "hmm~ bnyk lagi nk kena belajar ni"..
senior dietitian kasi cadangan utk bro tu angkat dumbbell setiap hari.
sbb melalui dumbbell pun boleh turunkan berat badan
kalau dia buat secara consistent.
so buat deal dgn patient tu
yg dia kena buat aktiviti tu at least 10 minit/sehari.
dan lepas tu tingkatkan masa dari hari ke hari.
dan next follow up dietitian akan cek ade kesan ke tak.
and nampaknya bro tu nampak happy dgn cadangan tu.

so see? our role as a dietitian bukannya just bagi cadangan buta2 gitu je.
kena consider masalah patient, susah ke tidak utk dia ikut cadangan tu.
kalau susah, cuba discuss ape yg dia rasa dia mampu buat.
key word dia : negotiate.
and yg paling penting adalah ILMU~
banyak ilmu kena tahu sbb pesakit mmg akan ada banyak soalan.
soalan pulak kadang tu tak berkaitan pun
tapi kita terpaksa la jawab jugak.
utk jawab dgn betul kena la pulak tawu fakta sebenar.
kalau jawab ala kadar je nanti pesakit bermonolog sendirian pulak

"boleh percaya ke dietitian ni?dia sendri pun tak pasti dgn apa yg dia ckp, 
nak expect aku nak ikut cadangan dia, heh~ memang takkk laa"

gitu pulak jadinya~
tak nak la kan..
so aku harap sgt aku dapat jadi seorang dietitian
yang boleh diharap
yang boleh bantu orang
yang boleh dipercayai
dan yang sentiasa sedia ikhlas nak bantu pesakit.

after all, ni semua sebagai penaik semangat aku je..
kos dietetik ni makin lama makin tough terasa..
so utk tak nak rasa down
aku kena selalu ingatkan diri
betapa besar jasa bantu orang yg memerlukan pertolongan
yeahh! aku mampu. kita mampu!
amin amin amin..
doakan saya ye. doakan kami.
insyaAllah saya cuba.

:)

No comments: