The Secret Teaching Of All Ages

To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books..

Monday, February 10, 2014

Pendakian terhebat abad ini

Assalamualaikum semua~

chunowat? [amboi teruk benor englisnya pun]
ok perbetul.
you know what?
kelmarin aku dan adik aku together with our two cousins
berjaya mendaki ke PUNCAK bukit maxwell~ [nada bangga ke?]

bukan la nak membangga dgn kejayaan ktorg tu.
tapi personally, aku kagum dgn diri aku.
tak sangka aku mampu. ha ha.
sbb bukan semua org taiping
penah mendaki sampai ke puncak bukit larut tu.
yang mendaki biasanya separuh jalan, tak sampai puncak.
and kalau yang sampai ke puncak pun, mostly dengan bantuan jip.
so kalau mampu sampai  ke puncak hanya dengan menggunakan kaki.
anda dikira hebat laaa.. yeah!

and lagi satu.
masa aku cakap kat ummi yg aku nak mendaki bukit maxwell
ummi cakap ummi tak yakin dgn kami
sbb kami ni jenis lemah lembut and tak tahan lasak kata ummi.
ye la. nak naik ke puncak tu ada la dalam 10-12 km.
kalau jalan lurus blh tahan lagi, ni bersimpang siur.
curam lagi.
jenuh nak mendaki.

so aku pun bertekad nak buktikan yg kami ni tahan lasak.
aku ingat dgn kejayaan pendakian tu, aku dah berjaya la buktikan.
tapi bila balik, aku mengadu ngadu sakit kaki, ummi ckp
"tu la, ummi dah ckp~ lemah lembut"
 hah. sentap di situ.

tapi apa-apa pun.
yang penting.
misi mendaki hingga ke puncak bukit maxwell
ACCOMPLISHED!
so aku still anggap diri aku tahan lasak. dan aku kagum. har har

perjalanan naik yg mengambil masa selama 4 jam
dan perjalanan turun selama 2 jam setengah
mampu buat aku menangis teresak-esak.
tapi aku tak nangis pun la.
aku just ckp MAMPU buat aku menangis je.

nak mendaki bukit larut bukan senang.
nama je bukit, tapi dah mcm gunung je rasa. [mcm la penah naik gunung~]
susah benor nak daki.
banyak selekoh curam, terseksa nak merangkak.
tercungap-cungap nak naik.


tak terkira berapa kali ktorg berenti untuk
minum, makan, ambik nafas dan juga sapu yoko yoko.
ha ha
best friend

gambar masa pertama kali berhenti utk minum2 kt checkpoint ke 26

oh ye. pesanan.
andai kata sesapa nk mendaki bukit maxwell nanti
jangan lupa bawak bekalan air dan makanan yg secukupnya ye.
lapar oo mendaki lama2-lama.
pastu dahaga toksah citer la.
dahaga gilerss~
so sila bawak air bnyk2
paling kurang 1 botol besar seorang la, yg 1500ml tu.
tapi tu paling kurang. nak lagi baik, sorg bawak 2 botol besar.
kalau tak, mmg nk kena catu air la jawabnya.
kalau bawak 100plus pun ok. minuman isotonik katanya.

a'ah, betul.
mmg berat pun bawak beban botol dgn makanan dlm beg.
tu yg buat lagi mencabar pendakian kali ni.
sampaikan masa ktorg mendaki tu,
aku dgr geng abang2 tu ckp dlm nada slow
"bawak beg?fuh penatnyaaa"
mmg penat pun bang.
rasa nak lempar je beg ke tepi sbnrnya.
tapi pikir ade air dgn makanan dlm tu. tak jadi lempar. T.T

masa checkpoint 60, ktorg kembali bersemangat sbb tu dah kira half perjalanan.


kat checkpoint 60 lebih, jumpa tea garden.

lepas tea garden jumpa air terjun pulak. sejuk airnya~

masa checkpoint 80 nak ke 90 tu, lama benor perjalanan.
jalan jalan jalan, tak jumpa jumpa tanda checkpoint nya.
jauh benor.
curam pulak tu. benci giler.
rasa mcm nak give-up.
tapi kang rugi pulak.
so teruskan jugak la.
sampai laaa ke puncak - checkpoint 100 agaknya.

kat puncak, rehat secukupnya.
enjoy view secukupnya.
makan secukupnya.
tapi minum tak secukupnya sbb air dah habis, ha ha.

sayang betul.
gambar kt puncak ade berapa je.
penat sgt time tu.
dah tak larat nak tangkap gambar bebanyak.
so hasilnya.
ni je la gambar yg aku ada.
bukti kami berada di puncak.



bangunan yg ada kat puncak. bnyk lagi bangunan sbnrnya.

dan yg aku aim nak buat kt puncak adalah
bergambar kt buaian yg SAMA masa aku kecik2 dulu.



HAHAHA..
gambar aku tak secomel budak ni.
so letak gambar ni je sudeh.

dah puas enjoy view,
kami pun start perjalanan turun.
masa naik, beg yg berat.
masa turun, hati pulak berat. haha.

ingatkan turun senang.
well, maybe senang sket la dari naik tadi.
tapi masa naik, kaki tak sakit, just penat je.
masa nak turun, kaki punya la sakit.
rasa nak tercabut skru-skru yg ada.
walaupun sakit, mampu tahan je la.
yoko yoko pun dah tak berkesan dah masa ni.
jalan dah tak normal rentaknya.
sorg sorg buat gaya jalan lawak sbb sakit kaki. ha ha

masa turun tu sbb kan agak rileks
so aku teringat ummi penah ckp
sunnah berzikir even kat bukit.
kalau naik bukit, sunnah ucap allahuakbar.
kalau turun bukit, ucap subhanallah.
kalau jalan mendatar, ucap alhamdulillah.
tapi disebabkan aku hanya teringat benda tu masa turun.
so subhanallah je la sepanjang perjalanan turun.
masa naik tak teringat nak berzikir sbb penat sgt mendaki (alasan).
haha.

dan lagi satu.
abah pulak penah bgtaw.
sunnah jalan sebelah kanan jalan.
disebabkan kita punya undang-undang jalan raya belah kiri
so tak dapat la nk ikut sunnah masa kat jalan raya.
tapi masa berjalan kat bukit, blh je jalan belah kanan.
lagi satu.
sepanjang perjalanan,kalau jumpa something yg menghalang perjalanan.
contohnya mcm kayu ke, batu ke.
sila la alihkan. jangan buat derkk je.
dapat pahala tu.
naik bukit je mcm2 pahala blh buat.

tapi pape pun.
aku serik dah nak mendaki sampai ke puncak bukit larut lagi.
sakit kaki ni mawu seminggu baru hilang.
nak jalan depan org pun malu.
cukup la pengalaman yg satu ni
buat modal aku nak bercerita kat anak-anak nanti.
at least ade, dari takde kan~
ummi citer ummi masa zaman skolah
dah banyak kali daki sampai puncak.
ye la. ummi mmg tahan lasak.
disebabkan citer ummi tu la,
aku terfikir yg aku pun KENA ade cerita ni
utk diceritakan kat anak-anak aku, soon. haha
bukti aku orang tepeng kan~

overall, daki bukit larut mmg best.
sbb dapat nikmati keindahan alam.
dgr bunyi-bunyi alam, indahnyaaa..

~Alhamdulillah~

No comments: